Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
Muharikah
10.1.1988 (First Intifadha)
Malam
itu terasa dingin sedang sekalian makhluk bertasbih memuji
Allah, namun pejuang-pejuang Hamas sibuk berjihad mempertahankan qariah mereka
daripada
serangan Yahudi laknatullah. Qariah Gaza, tanah palestin yang telah
dinafikan
haknya oleh dunia. Sebuah negara yang telah hilang di dalam peta bumi.
Semuanya
ibarat satu kisah yang tiada penyelesaian sehingga hari ini. Bunyi
bedilan dan bom tidak putus-putus
menghilangkan kehenginan malam. Semuanya bermula sejak tahun 1948 M
apabila bangsa Yahudi meminta untuk tinggal di tanah palestin yang mana
mereka ibarat anjing yang tersempit, namun apabila muslim melepaskan
mereka akhirnya mereka membaham muslim dengan serakus-rakusnya tanpa
belas kasihan.
Dalam
Qariah itu juga lahirnya, seorang imam yang tawadhuk dan selalu mempertahankan
kebenaran. Imam as-Syafie, Imam mazhab Syafie. Di situlah kisahnya bermula, legasi
Sultan Muhammad al-Fateh dan pewaris Sultan Salahuddin al-Ayubi.
Pada malam itu, abinya sedang menyertai satu pasukan untuk mempertahankan satu kawasan
qariah yang telah diceroboh tentera yahudi. Dia cuma bertugas di
kawasan kem sahaja kerana shift nya telah tamat pada petang itu. Sedang
isterinya berada di rumah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang cahaya mata
untuk menambahkan ummah Rasulullah.
« Ya ummi, manalah Umar ni ? Saya harap dia ada di sisi masa ni »
« Asiah, mungkin Umar bertugas malam ni, memandangkan sekarang ni yahudi semakin mengganas.»
“Tahulah mak, mudah-mudahan Allah melindungi dia. Amin….”
Malam itu juga Asiah melahirkan anak lelakinya, namun Yahudi Laknatullah telah melancarkan serangan ke atas qariah itu yang mana menyebabkan umminya mengambil keputusan untuk menghantar anak kecilnya itu kepada isteri seorang ulama di Syiria yang memang agak rapat dengan keluarga mereka.
“Anakku, pergilah dan
kembalilah kamu ke sini…kembalilah ke sini mengembalikan maruah ummah.
Ya Allah, lindungilah anakku ini. Jadikanlah anakku seorang yang berjuang untuk agamamu.
Ya Allah, lindungilah anakku ini. Jadikanlah anakku seorang yang berjuang untuk agamamu.
Air matanya
bergelinangan, memikirkan nasib anaknya dan suaminya yang tidak sempat melihat
anaknya itu.”
Kereta itu meluncur laju meninggalkan, seorang ibu kesunyian di dalam bait itu…..yang mula diselubungi asap-asap akibat letupan-letupan oleh Israel. Kereta itu meluncur laju ke arah bumi Syam, bumi yang pernah dibuka oleh Khalid al-Walid, shaifullah……
Hasbi Allah wa ni’ mal wakil….
Malangnya, malam itu juga qariah itu dibom dan Asiah dan Umar tidak lagi dijumpai sejak hari itu.
Bumi itulah apabila Sultan Abdul Hamid sebut.....
" I will not give once ince of palestine to the jews as palestin not mine to give, but it is belong to ummah, and ummah had shed bloods to defend this land."
Apabila musuh-musuh Allah menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Namun, itulah apa berlaku kepada umat Islam. Selepas jatuhnya khalifah, umat Islam semakin hilang hala tuju mereka. Palestin terlepas ke tangan Yahudi dan pelbagai lagi kisah yang menyayat hati. Seluruh dunia merasakan gelombang ketiadaan imam ummah.
Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Syria, Afganistan dan lain-lain.
Anak kecil itulah akhirnya selamat dibawa oleh neneknya kepada Sheikh Abdullah al-Syam. Dan dinamakan Abdul Aziz Bin Umar
To be continued
Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi: "...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid)
Segala Watak Dalam Cerita Ini Adalah Rekaan Semata-mata melainkan tokoh-tokoh Islam dalam sejarah...........