“Tempoh an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya, kemudian datang zaman mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang zaman mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala, setelah itu akan terulang kembali zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diam”
(Hadis sahih Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
3 Mac 1924
"Dengan ini secara rasminya khalifah Uthmaniyah dibubarkan buat selama-lamanya."
Sidang Dewan Parlimen Turki. Istanbul, Turki.
Akhirnya, rancangan kita berjaya! Setelah merancang hampir beratus-ratus tahun. Musuh kita berjaya dihapuskan. Kekalahan kita dalam perang salib terbalas. Kita akan menguasai dunia dan Islam akan terhapus di muka bumi ini. Kekuatan mereka telah hilang dan mereka akan hancur. Tahniah Kamal Antartuk.........
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ýAgama Bagi Negara Turki Adalah Islam.ý
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
Itulah saat di mana ummah mengalirkan air mata. Itulah hari di mana dunia seakan-akan mengerti apa yang berlaku, seakan-akan turut bersedih akan hilangnya satu anugerah penting buat dunia. Di mana ISLAM merupakan pelindung bagi dunia di bawah pemerintahan khalifah. Tapi Allah telah berjanji Islam tidak akan hilang di muka bumi ini. Allah sebaik-baik pelindung bagi umat Islam.......................
Satu hari nanti Khalifah akan kembali, itulah janji Nabi Muhammad S.A.W dan hari itulah ummah akan mengalirkan air mata sekali lagi tapi itulah air mata kesyukuran. Dan hari itu akan tiba.
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
surah al-Imran ayat 54
THAT DAY WILL COME, ARE WE READY ?
The Journey Of A Caliph-The Beginning.
28.10.2013
Ini adalah satu tulisan bersiri yang ditulis dengan mengaitkan dengan sejarah sebenar.