Tuesday, 11 November 2014

The Journey Of A Caliph-Penegak Kebenaran


          Dia keluar dari masjid tidak lama kemudian dimulai dengan kaki kiri. Dalam masa yang sama dio terpandang seorang yang duduk termenung di atas tangga ibarat sedang memikirkan sesuatu yang berat, namun melihat kepada masa yang suntuk dia menangguhkan niat untuk menegur pemuda tersebut.

          Dia segera menuju ke arah bangunan asrama muslimin dengan harapan untuk mengulangkaji durusnya namun tiba-tiba seseorang datang mengejutnya dari belakang.

''Muhammad, nak pergi mana pagi-pagi ni, ada temu janji ke ? "

" Oh, Muaz rupanya, terkejut ana, ingatkan siapa tiba-tiba je. Takde la , cuma nak balik ke bilik dari Masjid tadi, hajat nak revise sikit, Muaz pula dari mana ? "

" Oh, patutla, macam kenal suara imam tadi, enta rupanya. Ana pun dari masjid, sahaja jalan-jalan ambil angin pagi sambil merenung keindahan ciptaan Allah. Rasa tenang sikit boleh ambil masa macam ni, sebab asyik sibuk mengulangkaji untuk exam."

"Subhanallah, betul tu Muaz, Allah kan dah kata dalam surah ar-Rad' ayat 28 :
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

"Betul2, kadang terfikir jugak yang kita ni asyik belajar sehingga terlupa untuk berikan hak kepada tubuh badan kita. Kita ni bukannya robot, even robot pun kena rehat, apatah lagi kita."

"Muaz tak ada munadharat ke dalam waktu terdekat ? Lama jugak tak dengar."

"Tak dok, sebab minggu exam, letih jugak debat ni, haha. Takpelah Muhammad, ana pun nak balik ke bilik ni, jom balik sekali."

"Jom"

MUAZ :
Seorang budak Kelantan
Ketua Kelab Debat UIA
Pelajar Jurusan Perbandingan Agama UIA

Flash back

" Kami membawa kajian kes pelaksanaan hudud di Brunei, kerajaan Brunei berjaya untuk meletakkan asas undang-undang hudud di negara itu. " Muaz

" Izin mencelah ? " Ketua Pembangkang

Silakan ? Muaz

" Yang berhormat berkata bahawa hudud dilaksanakan di Brunei, namun negara itu tidak wujud pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia." Pembangkang

" Yang berhormat, saya menyebut perkataan meletakkan asas undang-undang hudud bukan mengimplimentasi, ada bezanya. Usul yang kami bawa pada hari ini adalah hudud mampu dilaksanakan di Malaysia adalah dengan definisi diletakkan sebagai undang-undang makhkamah syariah. Mungkin yang berhormat belum betul-betul faham usul pada hari ini. Di Brunei, undang-undang sudah ada, namun masih belum dipraktikkan secara menyeluruh, kerana menunggu masa supaya masyarakat betul-betul faham akan undang-undang ini, dan jika ada rakyat yang melakukan kesalahan jenayah di bawah akta hudud, mereka tidak dikenakan hukum hudud. " Muaz

" Dalam keadaan masyarakat di Malaysia yang pelbagai ini, saya nyatakan sekali lagi bahawa tidak akan jadi masalah untuk diletakkan hudud sebagai undang-undang syariah dengan menggunakan pendekatan langkah demi langkah yang efektif. " Muaz

"Betul tu Muaz." Dalam hati Muhammad.
Debat persahabatan UIA dan UKM.

Bersambung......

Saturday, 29 March 2014

The Journey Of A Caliph-Palestin Ku Palestin Mu


Palestin itu jauh dari kita



Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan




Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak




irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu




irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi




sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka




berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya




tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan




Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan




Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…


Siapakah kita berbanding mereka?




25 May 06
Muharikah






10.1.1988 (First Intifadha)
                

        Malam itu terasa dingin sedang sekalian makhluk bertasbih memuji Allah, namun pejuang-pejuang Hamas sibuk berjihad mempertahankan qariah mereka daripada serangan Yahudi laknatullah. Qariah Gaza, tanah palestin yang telah dinafikan haknya oleh dunia. Sebuah negara yang telah hilang di dalam peta bumi. Semuanya ibarat satu kisah yang tiada penyelesaian sehingga hari ini. Bunyi bedilan dan bom tidak putus-putus menghilangkan kehenginan malam. Semuanya bermula sejak tahun 1948 M apabila bangsa Yahudi meminta untuk tinggal di tanah palestin yang mana mereka ibarat anjing yang tersempit, namun apabila muslim melepaskan mereka akhirnya mereka membaham muslim dengan serakus-rakusnya tanpa belas kasihan.






       Dalam Qariah itu juga lahirnya, seorang imam yang tawadhuk dan selalu mempertahankan kebenaran. Imam as-Syafie, Imam mazhab Syafie. Di situlah kisahnya bermula, legasi Sultan Muhammad al-Fateh dan pewaris Sultan Salahuddin al-Ayubi.
    

       Pada malam itu, abinya sedang menyertai satu pasukan untuk mempertahankan satu kawasan qariah yang telah diceroboh tentera yahudi. Dia cuma bertugas di kawasan kem sahaja kerana shift nya telah tamat pada petang itu. Sedang isterinya berada di rumah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang cahaya mata untuk menambahkan ummah Rasulullah. 



« Ya ummi, manalah Umar ni ? Saya harap dia ada di sisi masa ni »
« Asiah, mungkin Umar bertugas malam ni, memandangkan sekarang ni yahudi semakin mengganas.»
“Tahulah mak, mudah-mudahan Allah melindungi dia. Amin….”

Malam itu juga Asiah melahirkan anak lelakinya, namun Yahudi Laknatullah telah melancarkan serangan ke atas qariah itu yang mana menyebabkan umminya mengambil keputusan untuk menghantar anak kecilnya itu kepada isteri seorang ulama di Syiria yang memang agak rapat dengan keluarga mereka.



“Anakku, pergilah dan kembalilah kamu ke sini…kembalilah ke sini mengembalikan maruah ummah.

Ya Allah, lindungilah anakku ini. Jadikanlah anakku seorang yang berjuang untuk agamamu.


Air matanya bergelinangan, memikirkan nasib anaknya dan suaminya yang tidak sempat melihat anaknya itu.”


Kereta itu meluncur laju meninggalkan, seorang ibu kesunyian di dalam bait itu…..yang mula diselubungi asap-asap akibat letupan-letupan oleh Israel. Kereta itu meluncur laju ke arah bumi Syam, bumi yang pernah dibuka oleh Khalid al-Walid, shaifullah……

Hasbi Allah wa ni’ mal wakil….

Malangnya, malam itu juga qariah itu dibom dan Asiah dan Umar tidak lagi dijumpai sejak hari itu. 


Bumi itulah apabila Sultan Abdul Hamid sebut.....

" I will not give once ince of palestine to the jews as palestin not mine to give, but it is belong to ummah, and ummah had shed bloods to defend this land."

Apabila musuh-musuh Allah menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Namun, itulah apa berlaku kepada umat Islam. Selepas jatuhnya khalifah, umat Islam semakin hilang hala tuju mereka. Palestin terlepas ke tangan Yahudi dan pelbagai lagi kisah yang menyayat hati. Seluruh dunia merasakan gelombang ketiadaan imam ummah.
Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Syria, Afganistan dan lain-lain.


Anak kecil itulah akhirnya selamat dibawa oleh neneknya kepada Sheikh Abdullah al-Syam. Dan dinamakan Abdul Aziz Bin Umar



To be continued



Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah  seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi: "...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini  telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi  bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas  menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri  Yahudi  di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada  Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang  mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah  yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Segala Watak Dalam Cerita Ini Adalah Rekaan Semata-mata melainkan tokoh-tokoh Islam dalam sejarah........... 

The Journey Of A Caliph-Muhammad Bin Mohd Abduh



Mac 2014


Muhammad tersedar daripada mimpi, sambil mengalirkan air matanya….dan mula mengucapkan doa bangun tidur dan berzikir menyebut nama Allah.


Kemudian dia mengembil wudhu’, rupanya dah pukul 5 pagi. Dia menunaikan solat sunat tahajjud seperti mana yang dipesan oleh Rasulullah.


Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.

(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan

(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).
Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]


Di dalam doanya, dio berdoa..... Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil…

Ya Allah…selamatkanlah saudara2ku seislam di Palestin, Syiria, Mesir, Malaysia dan di mana-mana sahaja. Sambil menitiskan air mata kerana memikirkan nasib umat Islam di zamannya. Zaman di mana tiada lagi khalifah, fitnah di mana-mana. Tiada lagi pelindnung bagi umat Islam.


Allahuakbar….Allahuakbar…..Azan subuh mula berkumandang…memanggil muslimin menunaikan kewajipan kepada Allah…

Muhammad bersiap-siap ke Masjid, dengan memakai jubah dan serban yang putih suci, menyejukkan mata.


Di mana imam muda Muhammad ni, biasa dia datang awal, Tanya Tok Siak kepada Bilal.
Entahlah, pelik juga…..hah…tu dia……

Assalamualaikum….Sheikh…salam Muhammad kepada Pak Ahmad dan Pak Abu….


Waalaikumusalam…x payah sheikh2 sangat la…Ustaz…huhu…rasa macam tua pulak...sambil senyum kepada Muhammad…kemudian bertanya kenapa lewat hari ini ustaz…?


O…Pak Abu kan awet muda….hehe…
x tahu la lambat bangun ckit hari ini, sambil teringat akan mimpinya pagi itu.


Nampak kurang ckit hari ni jemaah  Masjid Sultan Haji Ahmad Shah…..


Entahlah….maklumlah, budak2 ni minggu exam ni…Lagipun pihak Universiti mula kenakan syarat ketat untuk pemarkahan.


Tapi exam exam jugak, kewajipan dengan Allah x boleh letak kat belakang….ish2 jawab Pak Ahmad.

Muhammad tersenyum….dia pun faham…sebab dia merupakan pelajar tahun akhir fakulti fiqh dan syariah islam dan sejarah dunia islam….Exam baru-baru ni pun memang agak merungsingkan jugak.

Bersambung.......


Segala Watak dalam Cerita ini adalah rekaan semata-mata.