Tuesday, 11 November 2014

The Journey Of A Caliph-Penegak Kebenaran


          Dia keluar dari masjid tidak lama kemudian dimulai dengan kaki kiri. Dalam masa yang sama dio terpandang seorang yang duduk termenung di atas tangga ibarat sedang memikirkan sesuatu yang berat, namun melihat kepada masa yang suntuk dia menangguhkan niat untuk menegur pemuda tersebut.

          Dia segera menuju ke arah bangunan asrama muslimin dengan harapan untuk mengulangkaji durusnya namun tiba-tiba seseorang datang mengejutnya dari belakang.

''Muhammad, nak pergi mana pagi-pagi ni, ada temu janji ke ? "

" Oh, Muaz rupanya, terkejut ana, ingatkan siapa tiba-tiba je. Takde la , cuma nak balik ke bilik dari Masjid tadi, hajat nak revise sikit, Muaz pula dari mana ? "

" Oh, patutla, macam kenal suara imam tadi, enta rupanya. Ana pun dari masjid, sahaja jalan-jalan ambil angin pagi sambil merenung keindahan ciptaan Allah. Rasa tenang sikit boleh ambil masa macam ni, sebab asyik sibuk mengulangkaji untuk exam."

"Subhanallah, betul tu Muaz, Allah kan dah kata dalam surah ar-Rad' ayat 28 :
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

"Betul2, kadang terfikir jugak yang kita ni asyik belajar sehingga terlupa untuk berikan hak kepada tubuh badan kita. Kita ni bukannya robot, even robot pun kena rehat, apatah lagi kita."

"Muaz tak ada munadharat ke dalam waktu terdekat ? Lama jugak tak dengar."

"Tak dok, sebab minggu exam, letih jugak debat ni, haha. Takpelah Muhammad, ana pun nak balik ke bilik ni, jom balik sekali."

"Jom"

MUAZ :
Seorang budak Kelantan
Ketua Kelab Debat UIA
Pelajar Jurusan Perbandingan Agama UIA

Flash back

" Kami membawa kajian kes pelaksanaan hudud di Brunei, kerajaan Brunei berjaya untuk meletakkan asas undang-undang hudud di negara itu. " Muaz

" Izin mencelah ? " Ketua Pembangkang

Silakan ? Muaz

" Yang berhormat berkata bahawa hudud dilaksanakan di Brunei, namun negara itu tidak wujud pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia." Pembangkang

" Yang berhormat, saya menyebut perkataan meletakkan asas undang-undang hudud bukan mengimplimentasi, ada bezanya. Usul yang kami bawa pada hari ini adalah hudud mampu dilaksanakan di Malaysia adalah dengan definisi diletakkan sebagai undang-undang makhkamah syariah. Mungkin yang berhormat belum betul-betul faham usul pada hari ini. Di Brunei, undang-undang sudah ada, namun masih belum dipraktikkan secara menyeluruh, kerana menunggu masa supaya masyarakat betul-betul faham akan undang-undang ini, dan jika ada rakyat yang melakukan kesalahan jenayah di bawah akta hudud, mereka tidak dikenakan hukum hudud. " Muaz

" Dalam keadaan masyarakat di Malaysia yang pelbagai ini, saya nyatakan sekali lagi bahawa tidak akan jadi masalah untuk diletakkan hudud sebagai undang-undang syariah dengan menggunakan pendekatan langkah demi langkah yang efektif. " Muaz

"Betul tu Muaz." Dalam hati Muhammad.
Debat persahabatan UIA dan UKM.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment