Sunday, 18 January 2015

Journey Of A Caliph-Hiburan

12 Jan 2015

" Apa pendapat antum mengenai kes remaja memeluk K-pop di atas pentas?"
Muhammad menerima mesej dari sahabatnya.

" Hari-hari ada kes baru, ujian demi ujian timpa ke atas umat Islam" bermonolog sendirian sambil teringat kejadian Charlie Hebdo di Paris yang melekat ibarat calitan cat buat umat Islam."

Kemudian dia mula membaca artikel mengenai kejadian K-Pop tu.

"Masya-Allah, muslimat bertudung rupanya...bagaimana boleh sampai macam ni?
Dalam arus kebangkitan Islam di mana meningkatnya bilangan pemakai tudung, musuh-musuh Islam tidak lekang dari mencari ruang dan peluang menerkam umat Islam."

"Hei anak muda jgn sangka mati tua" Muhammad teringat kata-kata Ustaz Bollywood.

Dia balas mesej kawannya itu,
Kita berada di suatu zaman, di mana fitnah itu ibarat hujan di musim tengkujuh. Apakah itu fitnah, bukanlah fitnah mengatakan sesuatu yg tidak benar mengenai seseorang akan tetapi fitnah yang bermaksud ujian dan cabaran buat umat Islam.

Kita diingatkan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Di mana, telah diberi amaran sejak zaman nabi Nuh iaitu lebih kurang 10 ribu tahun lalu. Dia datang dengan pelbagai fitnah. Dan Rasulullah mengatakan yang golongan yang paling ramai ditipu dengan fitnah Dajjal adalah perempuan. Maaf kepada kaum muslimat.

Hiburan ni mmg budak muda suka tp ada batasan dia.

Kita tengok bagaimana negara Korea juga tidak ketinggalan dalam terkena bias New World Order yang dirancang oleh Modern Western Civilisation. Adakah kemodenan yang dicapai oleh mereka menunjukkan mereka berjaya. Tidak sama sekali, akan tetapi kita lihat anak muda mereka bagaimana jauhnya mereka dengan sahsiah manusiawi. Pembedahan plastik, hiburan melampau dan pelbagai budaya juak.

Ana tidak katakan kepada mana-mana pihak, akan tetapi kita semua mungkin juga terkena tempias fitnah-fitnah ini, kita faham diri kita sendiri. Jadi, tidak perlu kita cerca mereka2 yang terlibat kes ini. Boleh jadi, kerana mereka kita sedar akan keterlampauan kita menyintai idola2 buatan manusia ini.

Kita anak muda, harus berusaha sebaik mungkin memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Isu-isu ini adalah kita punya KPI (Key Performance Indicator) di mana tahap kefahaman masyarakat tentang agama Islam.

Muslimat perkuatlah saf-saf mu, kerana kamu adalah benteng-benteng perjuangan Islam.
Muslimin sucikanlah hatimu kerana kamu adalah saf pertama umat ini.
Diriku, ambillah iktibar.

Muhammad mengakhiri kata-katanya dan menekan butang send as status.
Kemudian dia mengambil wudhuk sebelum ke kuliyah.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment