Wednesday, 28 January 2015
Tinta Generasi Awal-Kopi
Biasa tak mengantuk pada waktu malam semasa mengulangkaji untuk exam.
Kemudian, ambil secawan kopi untuk kembali segar sehingga kadang-kadang tidak tidur pada waktu malam.
Atau, singgah sekejap ke Old Time White Coffee atau Starbuck Coffe(Boikot) sambil berbual-bual masalah dunia.
Atau makan gula-gula Kopiko.
Mungkin jika kita sebut kopi, terbayang-bayang negara-negara Eropah. Mungkin ada betulnya, sebab memang di Eropah, kopi adalah minuman yang tidak dapat dipisahkan dari jiwa masyarakatnya.
Tapi, adakah sejarah awalnya, seperti yang dibayangkan ?
Mari kita meneliti tinta generasi awal, kembara masa ke 1200 tahun lalu.
Di sebuah padang ragut di Ethopia, kelihatan seorang pengembala mengembala kambing-kambingnya. Terdengar seseorang memanggilnya Khalid.
Kemudian, sesuatu telah berlaku yang mengubah sejarah. Dia melihat kambing-kambingnya tiba-tiba menjadi cergas dan bertenaga. Wajahnya kelihatan tergamam melihat peristiwa itu, lalu mengambil keputusan mengkaji apa yang berlaku. Kemudian dia melihat puncanya dari pokok yang mengeluarkan beri-beri hitam koko.
Beri itu kemudiannya dicuba untuk dimakan, tapi mungkin kerana rasanya yang agak pelik, jadi orang ramai mendidihnya untuk dibuat minuman. Minuman bertenaga ibarat Red Bull hari ini.
Masa berlalu, kelihatan para Sufi meminum kopi untuk berjaga malam supaya dapat beribadat dan kelihatan juga para ulama meminum kopi untuk dapat menghabiskan kitab-kitab dalam keadaan penuh bertenaga.
Kembara masa ke zaman 1650, terbinanya beberapa kedai Coffee House yang menghiasi suasana sibuk kota London dan seluruh kota-kota besar Eropah.
Kembara masa sehingga ke saat ini, nampaknya, minuman yang pernah dijumpai oleh seorang muslim telah berjaya mengubah landskap minuman dan budaya dunia.
Mungkin saat ini, ada yang sedang menikmati secawan kopi jadi selamat menikmati.
Nantikan, Siri 2 (Hidangan Penuh).
Semoga Allah redha.
photo ;
http://andrewscampbell.com/2014/11/14/coffee-shops-are-better-than-classrooms/
T.S 28.1.2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment