Tuesday 27 January 2015

Tinta Generasi Awal-Muqadimmah


Assalamualaikum..

Jari menghitung hari-hari yang berlalu, menunggu datangnya kejayaan Islam.

Pada saat, semua ideologi-ideologi dunia bertembung sama sendiri menanti hancurnya persis hancurnya umat-umat terdahulu.

Ideologi-ideologi yang pernah diambil sebagai solusi masalah manusia, namun akhirnya makan diri.

Pada saat, generasi pemuda dan pemudi mencari-cari identiti hakiki insan kerana pening, muak bahkan jemu dengan hiasan-hiasan nafsu hidangan barat.

Seandainya, masa diputarkan ke belakang, ingin saja menjejak zaman-zaman yang berlalu.

Mungkin di situ, ada pelita yang mampu menyalakan semangat dan obor kejayaan itu.

Satu siri artikel yang dinamakan "Tinta Generasi Awal" akan membawa menjejak sejarah Islam. Yang mana sebahagian besar adalah berkisar tentang pencapaian sains dan teknologi Islam. Semoga dapat menjadi pengajaran kepada generasi muda pelbagai bidang. Perubatan, Kejuruteraan, Matematik, Astronomi, Pendidikan dan sebagainya.

Semoga Allah redha.

T.S 27.1.2015...

photo :https://babysharkminorityreport.wordpress.com/2012/04/21/islamic-banking/

No comments:

Post a Comment