Wednesday 28 January 2015

Tinta Generasi Awal-Kopi


Biasa tak mengantuk pada waktu malam semasa mengulangkaji untuk exam.

Kemudian, ambil secawan kopi untuk kembali segar sehingga kadang-kadang tidak tidur pada waktu malam.

Atau, singgah sekejap ke Old Time White Coffee atau Starbuck Coffe(Boikot) sambil berbual-bual masalah dunia.

Atau makan gula-gula Kopiko.

Mungkin jika kita sebut kopi, terbayang-bayang negara-negara Eropah. Mungkin ada betulnya, sebab memang di Eropah, kopi adalah minuman yang tidak dapat dipisahkan dari jiwa masyarakatnya.

Tapi, adakah sejarah awalnya, seperti yang dibayangkan ?

Mari kita meneliti tinta generasi awal, kembara masa ke 1200 tahun lalu.

Di sebuah padang ragut di Ethopia, kelihatan seorang pengembala mengembala kambing-kambingnya. Terdengar seseorang memanggilnya Khalid.

Kemudian, sesuatu telah berlaku yang mengubah sejarah. Dia melihat kambing-kambingnya tiba-tiba menjadi cergas dan bertenaga. Wajahnya kelihatan tergamam melihat peristiwa itu, lalu mengambil keputusan mengkaji apa yang berlaku. Kemudian dia melihat puncanya dari pokok yang mengeluarkan beri-beri hitam koko.

Beri itu kemudiannya dicuba untuk dimakan, tapi mungkin kerana rasanya yang agak pelik, jadi orang ramai mendidihnya untuk dibuat minuman. Minuman bertenaga ibarat Red Bull hari ini.

Masa berlalu, kelihatan para Sufi meminum kopi untuk berjaga malam supaya dapat beribadat dan kelihatan juga para ulama meminum kopi untuk dapat menghabiskan kitab-kitab dalam keadaan penuh bertenaga.

Kembara masa ke zaman 1650, terbinanya beberapa kedai Coffee House yang menghiasi suasana sibuk kota London dan seluruh kota-kota besar Eropah.

Kembara masa sehingga ke saat ini, nampaknya, minuman yang pernah dijumpai oleh seorang muslim telah berjaya mengubah landskap minuman dan budaya dunia.

Mungkin saat ini, ada yang sedang menikmati secawan kopi jadi selamat menikmati.

Nantikan, Siri 2 (Hidangan Penuh).

Semoga Allah redha.

photo ;
http://andrewscampbell.com/2014/11/14/coffee-shops-are-better-than-classrooms/

T.S 28.1.2015

Tuesday 27 January 2015

Tinta Generasi Awal-Muqadimmah


Assalamualaikum..

Jari menghitung hari-hari yang berlalu, menunggu datangnya kejayaan Islam.

Pada saat, semua ideologi-ideologi dunia bertembung sama sendiri menanti hancurnya persis hancurnya umat-umat terdahulu.

Ideologi-ideologi yang pernah diambil sebagai solusi masalah manusia, namun akhirnya makan diri.

Pada saat, generasi pemuda dan pemudi mencari-cari identiti hakiki insan kerana pening, muak bahkan jemu dengan hiasan-hiasan nafsu hidangan barat.

Seandainya, masa diputarkan ke belakang, ingin saja menjejak zaman-zaman yang berlalu.

Mungkin di situ, ada pelita yang mampu menyalakan semangat dan obor kejayaan itu.

Satu siri artikel yang dinamakan "Tinta Generasi Awal" akan membawa menjejak sejarah Islam. Yang mana sebahagian besar adalah berkisar tentang pencapaian sains dan teknologi Islam. Semoga dapat menjadi pengajaran kepada generasi muda pelbagai bidang. Perubatan, Kejuruteraan, Matematik, Astronomi, Pendidikan dan sebagainya.

Semoga Allah redha.

T.S 27.1.2015...

photo :https://babysharkminorityreport.wordpress.com/2012/04/21/islamic-banking/

Sunday 18 January 2015

Santai-Cahaya Itu





Cahaya Itu,
Pernah menerangi alam,
Dari Masyriq ke Maghrib,
Menutupi kelam dan suram dunia.

Cahaya Itu, 
Pernah cuba dipadam oleh tangan-tangan manusia,
Mereka yang dengki dan dendam,
Namun usaha memakan diri.

Namun,  
Hari Ini

Cahaya Itu,
Dihalangi dengan payung-payung ilusi,
Mengharapkan kesejukan dari bahang cahaya,
Melindungi dari sesuatu tidak pernah wujud.

Cahaya Itu,
Dibenci oleh mereka yang pernah meraih sinarannya,
Mereka lebih percaya kepada penghalangnya,
Memilih hidup di dalam kegelapan yang sunyi.

Namun,
Hari Esok

Cahaya Itu,
Akan dikembalikan oleh anak-anak muda,
Yang impikan untuk melihat keindahan dunia ini,
Yang serik dengan mimpi-mimpi ngeri malam.

Cahaya Itu, 
Akan kembali menerangi alam dengan senyuman,
Mungkin di saat itu manusia akan menyukuri,
Akan nikmat cahaya dalam kehidupan.

Journey Of A Caliph-Hiburan

12 Jan 2015

" Apa pendapat antum mengenai kes remaja memeluk K-pop di atas pentas?"
Muhammad menerima mesej dari sahabatnya.

" Hari-hari ada kes baru, ujian demi ujian timpa ke atas umat Islam" bermonolog sendirian sambil teringat kejadian Charlie Hebdo di Paris yang melekat ibarat calitan cat buat umat Islam."

Kemudian dia mula membaca artikel mengenai kejadian K-Pop tu.

"Masya-Allah, muslimat bertudung rupanya...bagaimana boleh sampai macam ni?
Dalam arus kebangkitan Islam di mana meningkatnya bilangan pemakai tudung, musuh-musuh Islam tidak lekang dari mencari ruang dan peluang menerkam umat Islam."

"Hei anak muda jgn sangka mati tua" Muhammad teringat kata-kata Ustaz Bollywood.

Dia balas mesej kawannya itu,
Kita berada di suatu zaman, di mana fitnah itu ibarat hujan di musim tengkujuh. Apakah itu fitnah, bukanlah fitnah mengatakan sesuatu yg tidak benar mengenai seseorang akan tetapi fitnah yang bermaksud ujian dan cabaran buat umat Islam.

Kita diingatkan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. Di mana, telah diberi amaran sejak zaman nabi Nuh iaitu lebih kurang 10 ribu tahun lalu. Dia datang dengan pelbagai fitnah. Dan Rasulullah mengatakan yang golongan yang paling ramai ditipu dengan fitnah Dajjal adalah perempuan. Maaf kepada kaum muslimat.

Hiburan ni mmg budak muda suka tp ada batasan dia.

Kita tengok bagaimana negara Korea juga tidak ketinggalan dalam terkena bias New World Order yang dirancang oleh Modern Western Civilisation. Adakah kemodenan yang dicapai oleh mereka menunjukkan mereka berjaya. Tidak sama sekali, akan tetapi kita lihat anak muda mereka bagaimana jauhnya mereka dengan sahsiah manusiawi. Pembedahan plastik, hiburan melampau dan pelbagai budaya juak.

Ana tidak katakan kepada mana-mana pihak, akan tetapi kita semua mungkin juga terkena tempias fitnah-fitnah ini, kita faham diri kita sendiri. Jadi, tidak perlu kita cerca mereka2 yang terlibat kes ini. Boleh jadi, kerana mereka kita sedar akan keterlampauan kita menyintai idola2 buatan manusia ini.

Kita anak muda, harus berusaha sebaik mungkin memberi kefahaman Islam kepada masyarakat. Isu-isu ini adalah kita punya KPI (Key Performance Indicator) di mana tahap kefahaman masyarakat tentang agama Islam.

Muslimat perkuatlah saf-saf mu, kerana kamu adalah benteng-benteng perjuangan Islam.
Muslimin sucikanlah hatimu kerana kamu adalah saf pertama umat ini.
Diriku, ambillah iktibar.

Muhammad mengakhiri kata-katanya dan menekan butang send as status.
Kemudian dia mengambil wudhuk sebelum ke kuliyah.

Bersambung...

The Journey Of A Caliph-Azam Bermula

11 Sept 2001




"3 pesawat telah di 'hijacked' hari ini, yang mana dua pesawat ini telah digunakan untuk merempuh World Trade Center dan satu lagi merempuh Pentagon. Dipercayai dalang kepada kes ini adalah kumpulan pengganas al-qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden." TV 3.15

Abdul Alim : " Betul ke, pengganas Islam yang buat ni, ana x percaya. Musuh Islam ni memang tidak pernah habis nak hapuskan Islam. Dendam mereka tidak pernah habis walaupun kita dah berada di tahun 2000 dan telah meniggalkan zaman pejajahan. Permusuhan kita memang tidak pernah habis.
Lagipun apabila ada keraguan dalam sesuatu perkara kita tidak boleh percaya bulat-bulat. Ini bukannya teori konspirasi."

Mohd Abduh : " Betul tu Ustaz, Allah pun dah berfirman dalam al quran
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Sebab tu, kita tidak boleh nak percaya sangat semua benda yang dikata oleh musuh-musuh kita ni. Apa yang ana rasa mungkin selepas ni, isu ini akan jadi lesen besar mereka untuk menyerang kita. 

Abdul Alim : Ana dapat rasa permusuhan ke atas umat Islam akan semakin mendalam dalam jiwa masyarakat. Allahurabbi...Selamatkanlah semua umat Islam.

Mohd Abduh : Kita hari ini asyik bergantung kepada musuh kita baik dari segi kewangan, politik, undang-undang, media dan sebagainya. Kesan penjajahan masih lagi belum hilang dari masyarakat kita hari ini. Negara kita ni banyak lagi kena baiki, kita kena kuat usaha bagi kefahaman kepada masyarakat untuk kembali kepada Islam.

Abdul Alim : In sha Allah, sama-sama kita usahakan. Anak-anak muda macam enta kena korbankan sedikit tenaga tu.

Mohd Abduh : Setakat mana yang boleh. Dengar tu Muhammad...adik besar nanti kena pertahankan umat Islam.

Muhammad : In sha Allah ayah...Mu akan kembalikan khalifah umat Islam.....!!

Fakta :

Pada tahun 2003 : US telah menyerang Iraq, dengan memberi alasan bahawa Iraq telah bersekongkol dengan al-Qaeda.

Pada tahun 2001: US telah menyerang Afganistan dengan alasan membalas serangan al-qaeda. 

Islamofobia telah meningkat dalam kalangan masyarakat seluruh dunia apabila menyaksikan pelbagai kes-kes penindasan secara zalim kepada umat Islam.

Bersambung......

Saturday 10 January 2015

The Journey Of A Caliph-Zaman Dunia Di Hujung Jari

1 Januari 2015

" Zrikk,Zrikk,Zrikk...."
" Siapa pulak mesej ni ?"
"Apple mengeluarkan satu produk baru, Apple 5. Erm....x habis-habis perlumbaan dalam teknologi. Tapi bagus jugak ada teknologi ni dapat berhubung dengan sahabat2 yg jauh.

Tapi yang kurangnya adalah apabila teknologi ini menjauhkan hubungan antara keluarga.
"Zik, Zik...."
Oh...sahabat lama...Syazwi....yang hantar mesej...
 "Assalamualaikum...Muhammad..."
"Waalaikumusalam...."
"Kaifahaluka?"
"alhamdulillah, bikhair,,wa ant?"
"alhamdulillah, jamil....lamo x dngr kabar dri nta...bunyi cito sekarang doh jadi imam di masjid univ...hebat sunggoh saie ana nih..."
"alhamdulillah, haza min fadli rabbi....biaso2 jah...xlawe...dr Awi....ana sibuk skit  sbb fatrah exam. Bunyi cite, Jordan salji...sekarang....tolom pos la sekilo salji...nak buat ABC ni...."
"Tawadhok sgt ni....oh fatrah exam...sma la ana pun exam jugak....tp kena postpone sbb masalah cuaca..kalau nak salji, nanti nak pos...huhu...Gano Kelate, sedih tgk kesan2 banjir....bunyi cito mcm banjir 1971..."
"Owh pasal banjir tu...mmg terok la....esp kat Kuala Krai...mcm kena tsunami. Mungkin ada hikmah di atas kejadian ini"
"Betul tu, ambillah pengajaran dari kisah tsunami di Acheh 2004. Sekarang mereka dah melaksanakan hudud di sana...Harap2 di Kelantan begitulah...ana ni rasa nak balik kalau boleh....
Owh, ana hampir terlupa....mengenai arwah nenek enta, semoga dio ditempatkan bersama-sama mereka yang solehah dan dekat dengan Allah."
"Terima kasih, atas doa itu....Ameen...arwah banyak mengajar benda kepada ana...banyak kenangan...huhu..."
"Takpalah...Muhammad, dah masuk waktu asar ni....kena gerak dulu....nanti ada masa kita chat balik...in sha Allah....ok..."
"Oh...ok in sha Allah....

Bersambung....

Muhammad Syazwi..
Pelajar Perubatan Tahun 2
Jordan.
Pakar dalam multimedia...

Segala watak adalah rekaan semata-mata....

Tuesday 11 November 2014

The Journey Of A Caliph-Penegak Kebenaran


          Dia keluar dari masjid tidak lama kemudian dimulai dengan kaki kiri. Dalam masa yang sama dio terpandang seorang yang duduk termenung di atas tangga ibarat sedang memikirkan sesuatu yang berat, namun melihat kepada masa yang suntuk dia menangguhkan niat untuk menegur pemuda tersebut.

          Dia segera menuju ke arah bangunan asrama muslimin dengan harapan untuk mengulangkaji durusnya namun tiba-tiba seseorang datang mengejutnya dari belakang.

''Muhammad, nak pergi mana pagi-pagi ni, ada temu janji ke ? "

" Oh, Muaz rupanya, terkejut ana, ingatkan siapa tiba-tiba je. Takde la , cuma nak balik ke bilik dari Masjid tadi, hajat nak revise sikit, Muaz pula dari mana ? "

" Oh, patutla, macam kenal suara imam tadi, enta rupanya. Ana pun dari masjid, sahaja jalan-jalan ambil angin pagi sambil merenung keindahan ciptaan Allah. Rasa tenang sikit boleh ambil masa macam ni, sebab asyik sibuk mengulangkaji untuk exam."

"Subhanallah, betul tu Muaz, Allah kan dah kata dalam surah ar-Rad' ayat 28 :
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

"Betul2, kadang terfikir jugak yang kita ni asyik belajar sehingga terlupa untuk berikan hak kepada tubuh badan kita. Kita ni bukannya robot, even robot pun kena rehat, apatah lagi kita."

"Muaz tak ada munadharat ke dalam waktu terdekat ? Lama jugak tak dengar."

"Tak dok, sebab minggu exam, letih jugak debat ni, haha. Takpelah Muhammad, ana pun nak balik ke bilik ni, jom balik sekali."

"Jom"

MUAZ :
Seorang budak Kelantan
Ketua Kelab Debat UIA
Pelajar Jurusan Perbandingan Agama UIA

Flash back

" Kami membawa kajian kes pelaksanaan hudud di Brunei, kerajaan Brunei berjaya untuk meletakkan asas undang-undang hudud di negara itu. " Muaz

" Izin mencelah ? " Ketua Pembangkang

Silakan ? Muaz

" Yang berhormat berkata bahawa hudud dilaksanakan di Brunei, namun negara itu tidak wujud pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia." Pembangkang

" Yang berhormat, saya menyebut perkataan meletakkan asas undang-undang hudud bukan mengimplimentasi, ada bezanya. Usul yang kami bawa pada hari ini adalah hudud mampu dilaksanakan di Malaysia adalah dengan definisi diletakkan sebagai undang-undang makhkamah syariah. Mungkin yang berhormat belum betul-betul faham usul pada hari ini. Di Brunei, undang-undang sudah ada, namun masih belum dipraktikkan secara menyeluruh, kerana menunggu masa supaya masyarakat betul-betul faham akan undang-undang ini, dan jika ada rakyat yang melakukan kesalahan jenayah di bawah akta hudud, mereka tidak dikenakan hukum hudud. " Muaz

" Dalam keadaan masyarakat di Malaysia yang pelbagai ini, saya nyatakan sekali lagi bahawa tidak akan jadi masalah untuk diletakkan hudud sebagai undang-undang syariah dengan menggunakan pendekatan langkah demi langkah yang efektif. " Muaz

"Betul tu Muaz." Dalam hati Muhammad.
Debat persahabatan UIA dan UKM.

Bersambung......